Monday 4 April 2016

Latar Belakang SK Desa Petaling

Telah mula beroperasi pada 7 Januari 2002 dengan keluasan 6 hektar. SKDP yang terletak di kawasan perumahan Desa Petaling, Kuala Lumpur merupakan sekolah kerajaan Gred B dengan satu sesi persekolahan.

Sekolah ini mempunyai 4 blok bangunan utama iaitu Blok A, B, C dan D di samping sebuah bangunan kantin yang berasingan. Pada tahun pertama sekolah ini dibuka seramai 618 orang murid dan 27 orang guru dengan jumlah kelas sebanyak 14 kelas. 

Pelbagai prasarana disediakan yang memberi ruang kepada murid-murid mendapat akses kepada pendidikan berkualiti melalui suasana pembelajaran yang kondusif dan ceria. Antara kemudahan tambahan yang telah diadakan ialah sebuah bilik kemahiran hidup, dua buah makmal sains, sebuah makmal komputer, sebuah bilik studio seni, sebuah bilik muzik, surau dan dewan terbuka. 

Kemudahan untuk bersukan amat terhad di mana penggunaan ruang perhimpunan dan gelanggang bola baling sahaja yang dapat digunakan. SKDP telah menyediakan pembelajaran pra-sekolah, pendidikan rendah tahun 1 hingga 6 dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). 

Dengan slogan "BERILMU DAN BERKETERAMPILAN" warga SKDP terus berusaha secara holistik dan bersungguh-sungguh untuk mencapai visi dan misi sekolah dengan hasrat menjadi sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi kelak.

0 comments:

Post a Comment